Majlis Peguam berjaya serah memorandum dalam perhimpunan ke PMO

July 14, 2025 · Isu semasa

Memorandum berjaya diserahkan Majlis Peguam Malaysia semasa perarakan Walk for Judicial Independence di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya selepas lebih 1,000 pesertanya tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab bersama tujuh wakil yang lain menyerahkan memorandum kepada wakil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas berjalan sejauh 2 kilometer lebih hari ini.

Ezri menyifatkan perarakan itu sebagai satu kejayaan besar dalam usaha mempertahankan prinsip kebebasan badan kehakiman.

Beliau turut mengumumkan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan pada 26 Julai ini untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan.

Bagaimanapun Ezri menafikan pihaknya akan mengadakan satu lagi perarakan seumpamanya andainya tuntutan yang diserahkan itu tidak dipenuhi.

Peserta kelihatan bersemangat mengangkat sepanduk bertulis ‘All Eyes On The Judiciary’, Defend Judicial Independence, ‘Bebaskan Kehakiman’, ‘Keadilan Untuk Kehakiman’ sambil dikawal lebih 100 anggota polis termasuk pasukan elit Op Cantas dan sebuah dron pemantau yang diterbangkan.

Dalam pada itu, sebagai tanda solidariti, Majlis Peguam Pulau Pinang turut menganjurkan perarakan serupa pada pukul 11 pagi tadi dengan penyertaan kira-kira 50 peguam dari Jalan Green Hall ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Perarakan di Putrajaya berakhir dengan peserta kembali ke Istana Kehakiman di sini meninggalkan kawasan PMO yang dikawal selia oleh pihak berkuasa sepanjang program berlangsung secara aman.

Ketika rata-rata peserta sampai ke destinasi, kelihatan warga PMO sendiri tampil ‘belanja’ mereka aiskrim dan air mineral.

Enam tuntutan utama yang dibawa dalam memorandum tersebut ialah pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan kehakiman, penyelesaian segera isu kekosongan jawatan kehakiman dan menjamin ketelusan dalam pelantikan ke jawatan tertinggi badan kehakiman.

Berita berkaitan
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
September 22, 2026· Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026· Politik
Surat kelulusan pelebaran PLUS palsu, PMO lapor polis
September 17, 2026· Isu semasa
Pendedahan RCI TH dibuat demi kepentingan negara: Anwar
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok