Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Ekonomi Malaysia terus menunjukkan momentum yang kukuh dengan menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM285.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Jumlah itu suatu peningkatan memberangsangkan sebanyak 13.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Pencapaian ini diperoleh dalam persekitaran global yang mencabar, sekaligus menyerlahkan daya tahan dan daya tarikan negara sebagai hab pelaburan pilihan.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah tersebut merangkumi 4,874 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer yang dijangka mewujudkan sebanyak 152,766 peluang pekerjaan baharu.
Pelaburan Asing (FI) mencatatkan lonjakan teguh sebanyak 47.5 peratus, didorong oleh pertumbuhan ketara dalam semua sektor.
“Prestasi kukuh ini mencerminkan asas daya saing Malaysia dan pembangunan kluster industri di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Ia juga menunjukkan kejayaan kerajaan memupuk kerjasama awam-swasta,” kata MIDA dalam kenyataan.
Singapura muncul sebagai penyumbang terbesar pelaburan asing dengan RM52.7 bilion, diikuti oleh China, Amerika Syarikat, British Virgin Islands dan Jepun.
Dari sudut geografi, Johor mendahului dengan nilai pelaburan diluluskan tertinggi iaitu RM91.1 bilion, didorong oleh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Ia diikuti oleh Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kedah.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyifatkan pencapaian ini sebagai petanda positif untuk ekonomi negara.
“RM285.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan adalah luar biasa dari apa jua ukuran. Ketika aliran modal global merosot di tempat lain, Malaysia terus menarik pelaburan berkualiti pada skala besar,” ujarnya.
“Ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan visi ekonomi kita. Apabila pelabur global melihat Asia Tenggara, mereka semakin memilih Malaysia.
“Pelaksanaan berfokus di bawah NIMP 2030 menarik pelaburan sambil menyediakan pekerjaan serta peluang peningkatan kemahiran,” tambahnya lagi.
Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia di peta pelaburan global, malah menjadi pemangkin kukuh ke arah merealisasikan matlamat ekonomi bernilai tinggi.
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil