Rusuhan di Indonesia.
Anwar Ibrahim, menyatakan Malaysia serta negara-negara anggota ASEAN mengharapkan agar demonstrasi yang berlaku di Indonesia akan tamat dengan segera.
Perdana Menteri juga mengesahkan mendapat makluman daripada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semasa pertemuan mereka di Beijing, China baru-baru ini, situasi di negara jiran itu kini semakin pulih dan menunjukkan perkembangan yang positif.
“Kita doakan yang sebaik mungkin untuk Indonesia kerana ia bukan sahaja negara ASEAN tetapi juga negara sahabat, keluarga, serumpun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, hari ini.
Tambah Anwar, hubungan yang rapat antara Malaysia dan Indonesia menuntut kedua-dua negara saling menyokong dalam situasi yang mencabar. Beliau turut menekankan kepentingan kestabilan serantau demi kemakmuran bersama.
Pada 29 Ogos lalu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan mereka sedang memantau dengan rapi perkembangan terkini susulan demonstrasi yang berlaku di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai perkembangan politik di Thailand dengan menyatakan harapan agar proses pembentukan kerajaan baharu di negara jiran itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.
“Sebaik sahaja semuanya teratur, saya akan menghubungi mereka,” ujar beliau.
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Dewan Perwakilan Thailand akan mengundi bagi memilih perdana menteri baharu hari ini susulan pemecatan calon sebelumnya, Paetongtarn Shinawatra, pada minggu lepas.
Anwar menegaskan bahawa Malaysia sentiasa sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Thailand demi memajukan hubungan dua hala dan kepentingan ASEAN.
Sejarah terlakar, Thailand-Kemboja meterai Perjanjian Damai KL
Trump puji Anwar sebagai ‘tokoh hebat’, main peranan penting perjanjian Thai-Kemboja
Bantahan terhadap Trump bergema di Dataran Merdeka
Kemasukan Timor-Leste sebagai ahli ASEAN ke-11, langkah bersejarah untuk serantau
Trump tiba di Malaysia, naik ‘The Beast’ bersama Anwar
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa