Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX

May 24, 2026 · Isu semasa

Malaysia menggesa semua pihak terlibat dalam rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran supaya segera mencapai perjanjian damai yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata serta menjamin keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kestabilan di Asia Barat amat penting memandangkan Selat Hormuz merupakan laluan utama perdagangan minyak dunia yang memberi kesan langsung kepada ekonomi global.

Menurut beliau, Malaysia turut menyokong segala usaha diplomatik dan rundingan pelbagai hala yang mampu membawa keamanan berkekalan di rantau itu.

“Malaysia mengambil maklum peranan konstruktif dimainkan oleh Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu dalam memudah cara proses rundingan antara AS serta Iran.

“Kami menggesa semua pihak mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata semasa, memastikan laluan selamat melalui Selat Hormuz, serta menangani kepentingan keselamatan sah semua negara di rantau berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, ketegangan antara AS dan Iran kembali menjadi perhatian dunia susulan konflik berpanjangan di Asia Barat yang turut menjejaskan keselamatan laluan perdagangan antarabangsa.

Selat Hormuz dianggap laluan strategik kerana hampir satu perlima bekalan minyak dunia melalui kawasan itu setiap hari.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden AS, Donald Trump mendakwa rundingan damai dengan Iran kini hampir dimuktamadkan dengan bantuan Pakistan sebagai pengantara.

Trump berkata, perjanjian yang sedang dirangka itu dijangka membuka semula laluan Selat Hormuz sepenuhnya, namun butiran lanjut masih diperincikan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar berkata turut menerima petunjuk positif daripada beberapa pemimpin Asia Barat yang memaklumkan proses rundingan berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

“Saya melihat perkembangan itu dengan penuh harapan dan optimis.

“Kami juga mengalu-alukan penglibatan peribadi Trump dalam usaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan. Kami berharap semua pihak akan merebut peluang ini dan meneruskan rundingan sehingga mencapai satu penyelesaian yang berjaya,” katanya.

Berita berkaitan
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
1 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
19 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
3 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok