Malaysia hampir capai sifar kemiskinan tegar: Amir Hamzah

October 8, 2025 · Isu semasa

Malaysia kini berada di ambang kejayaan bersejarah dengan kadar kemiskinan tegar menjunam kepada hampir sifar, iaitu hanya 0.09 peratus, sekali gus membuktikan peningkatan taraf hidup rakyat yang ketara.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah (HIES) 2024, hanya kira-kira 7,000 isi rumah kini dikategorikan sebagai miskin tegar, berbanding lebih 27,000 isi rumah pada tahun 2020.

Menteri Ekonomi, Amir Hamzah Azizan, mengumumkan pencapaian ini adalah hasil langsung daripada inisiatif kerajaan yang berkesan dalam meningkatkan pendapatan, memperkukuh pasaran buruh, dan menyampaikan bantuan sosial yang lebih bersasar.

“Kita hampir menoktahkan kemiskinan tegar, hanya tinggal 0.09 peratus isi rumah. Ini hasil pendekatan kerajaan meningkatkan gaji, peluang pekerjaan dan intervensi sosial yang lebih tepat,” katanya semasa melancarkan laporan berkenaan.

Beliau menekankan kerajaan telah mengenal pasti baki 7,000 isi rumah tersebut dan sedang melaksanakan program bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memastikan mereka dapat keluar daripada kitaran kemiskinan.

“Dengan intervensi yang tepat, saya yakin kita boleh capai kadar sifar miskin tegar. Cuma kita perlu akui, akan sentiasa ada kemungkinan isi rumah baharu jatuh miskin disebabkan kehilangan kerja atau faktor luar jangka,” ujarnya lagi.

Selain pengurangan kemiskinan, laporan tersebut mendedahkan jurang pendapatan yang semakin mengecil, dengan Pekali Gini menurun kepada 0.39.

Pendapatan purata bulanan isi rumah juga menunjukkan peningkatan memberangsangkan kepada RM9,155 pada tahun 2024, berbanding RM8,479 pada 2022.

Amir Hamzah turut berkata usaha membasmi kemiskinan melampaui bantuan kewangan semata-mata.

“Matlamatnya ialah menukar cara hidup dan memberi peluang sebenar untuk mereka meningkatkan taraf hidup sendiri,” jelasnya, sambil merujuk kepada pendekatan holistik merangkumi pendidikan, kemahiran, dan peluang pekerjaan yang lebih baik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Beliau berkata, kejayaan ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membina dasar berdasarkan data yang kukuh, memastikan setiap intervensi memberi impak maksimum kepada kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka lebih kukuh, KDNK berpotensi melepasi 5%
11 jam lalu· Isu semasa
KDNK cecah 5.8 peratus, reformasi kerajaan pacu pertumbuhan ekonomi: PMX
July 17, 2026· Isu semasa
Penarafan A3 Moody bukti asas ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 14, 2026· Isu semasa
BNM kekalkan OPR 2.75 peratus, ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok