Malaysia hanya fasilitator dalam isu Thailand-Kemboja

November 23, 2025 · Isu semasa

Malaysia menegaskan dakwaan campur tangan dalam pertikaian antara Thailand dan Kemboja adalah tidak berasas dan tersasar sama sekali.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menjelaskan peranan Malaysia hanyalah sebagai fasilitator neutral atas permintaan kedua-dua negara jirannya itu dan menjadi jambatan untuk memudahkan perbincangan memandangkan hubungan antara Thailand dan Kemboja pada masa itu sukar.

“Perkara ini telah dilaporkan kepada Jemaah Menteri. Kedua-dua pihak meminta Malaysia, sebagai negara neutral, untuk menjadi fasilitator.

“Jadi, tidak benar langsung dakwaan mengatakan Malaysia masuk campur urusan negara jiran,” kata Fahmi selepas ditanya wartawan semasa merasmikan majlis penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menambah, semua syarat perdamaian dan genjatan senjata telah diputuskan sepenuhnya oleh Kerajaan Thailand dan Kemboja sebelum dimeterai.

“Segala syarat dan keputusan itu ditentukan oleh Kemboja dan Thailand. Malaysia tidak terlibat dalam proses persetujuan tersebut. Peranan kami hanyalah menyediakan ruang untuk mereka mencapai kata sepakat,” jelasnya.

Penjelasna sama itu turut disuarakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang menolak dakwaan sama dan menegaskan Malaysia hanya bertindak memudahkan perbincangan untuk penyelesaian secara damai, selaras dengan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan laporan mengenai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di Bangkok, yang mendakwa Malaysia mencampuri hal ehwal Thailand.

Berita berkaitan
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu· Isu semasa
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok