Malaysia kecam penahanan aktivis oleh regim, selaras tindakan menyelamat

October 2, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia sedang menyelaras tindakan tegas sebagai bantahan terhadap penahanan haram beberapa aktivis dan sukarelawan rakyatnya oleh rejim Zionis Israel.

Kejadian itu berlaku malam tadi apabila pasukan tentera Israel memintas dan menahan peserta misi kemanusiaan ‘Global Sumud Flotilla’ (GSF) di perairan antarabangsa dalam perjalanan ke Gaza.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan perkara itu dan menegaskan bahawa langkah-langkah susulan akan diumumkan tidak lama lagi dan menyifatkan tindakan Israel itu sebagai biadab dan mencabar undang-undang antarabangsa.

“Kita sedang berkoordinasi dengan pihak Wisma Putra dan Pejabat Perdana Menteri. Nantikan dalam sedikit masa, mungkin dalam beberapa jam ini, ada beberapa pengumuman susulan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kerajaan,” jelas Fahmi selepas merasmikan seminar hari ini.

“Kami sama sekali menolak dan mengecam tindakan haram rejim Zionis yang memintas dan menculik semua peserta Global Sumund Flotilla di perairan antarabangsa. Tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima,” tambahnya lagi.

Perkembangan ini mula dimaklumkan kepada orang ramai melalui perkongsian di akaun media sosial rasmi Sumud Nusantara Official, yang mengesahkan penahanan tidak sah tersebut.

Latar belakang misi GSF ini adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga telah menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh usaha diplomatik bersama rakyat antarabangsa, termasuk negara seperti Itali, Sepanyol dan Turki, bagi menangani krisis kemanusiaan di Gaza dan kini isu penahanan ini.

Insiden ini menimbulkan kemarahan dan kebimbangan, mengingatkan kembali kepada insiden serangan flotilla kemanusiaan oleh Israel pada tahun 2010 yang mengakibatkan korban jiwa.

Berita berkaitan
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media bertahan: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Gagal tangani akaun palsu kerabat diraja, kerajaan teliti tindakan terhadap Meta: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
14 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi santuni bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, serah sumbangan HAWANA
7 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara kembali stabil, PETRONAS ambil langkah proaktif: PMX
May 8, 2026 · Isu semasa
Quranic Madani akan diperluas, sambutan orang ramai luar biasa: Menteri Agama
May 8, 2026 · Isu semasa
Fahmi menghadap Sultan Selangor sembah isu akaun palsu kerabat diraja
May 8, 2026 · Isu semasa
Jalan Bukit Bintang ditutup malam ini untuk program Quranic Madani
May 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok