Malaysia perjuang keadilan untuk Gaza di pentas global: PMX

October 1, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuannya yang akan datang dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebagai satu medan penting untuk mendorong dialog keamanan serta memastikan laluan bantuan kemanusiaan yang lebih luas untuk rakyat Gaza dapat dibuka.

Perdana Menteri menekankan pertemuan tersebut akan menjadi platform untuk melonjakkan suara keadilan dan keamanan ke peringkat tertinggi.

“Ini tentunya bukan penyelesaian muktamad, dan kita tidak mahu sekadar menjadi jaguh kampung, tetapi ia akan menjadi permulaan yang memungkinkan terhentinya segala bentuk serangan dan ancaman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Anwar turut menitipkan doa dan sokongan padu kepada pasukan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam perjalanan laut ke Gaza.

Kerajaan Malaysia kekal berdiri teguh di sebalik pasukan misi tersebut bagi memastikan bantuan segera sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Apa yang utama ialah para perwira selamat sampai ke bumi Gaza. Hubungan akrab yang kita jalinkan dengan rakan di rantau ini seperti Turkiye, Itali dan Sepanyol menjadi wahana penting dalam menggerakkan solidariti global,” ujar Anwar lagi.

Seramai 34 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi berani ini dijangka akan tercatat dalam sejarah atas sumbangan mereka menegakkan keadilan dan membela kemanusiaan.

“Musuh mungkin menggertak, menyerang. Namun, kekentalan semangat saudara-saudara di lautan inilah yang meleraikan resah dan menyala harapan,” katanya.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Malaysia untuk menjadi penyambung suara bagi nasib rakyat Gaza di persada dunia.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
12 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok