Malaysia perkasa sektor halal sebagai model ekonomi global: Anwar

September 19, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa Malaysia akan terus memperkasa industri halal sebagai model ekonomi sejagat yang penting dan akan menjadikannya sebahagian daripada perbincangan dua hala antara pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata, pemacu utama pertumbuhan industri ini pada masa kini adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dan kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh peranan serta kedudukan mereka dalam pasaran global.

“Kita mempunyai hampir 10,000 syarikat yang mana lebih 80 peratus membabitkan PKS sudah diperakui oleh JAKIM berdasarkan pematuhan mereka terhadap standard halal yang menyeluruh,” ujar Anwar semasa merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di MITEC.

Anwar menekankan kejayaan Malaysia menembusi sistem perdagangan dan kewangan antarabangsa adalah hasil kesanggupan negara mengatasi halangan awal dan prasangka terhadap konsep halal.

“Kita biasa dengan Bank Dunia, IMF, WTO, ini (halal) bukan keutamaan mereka. Tetapi kerana kesanggupan kita, sekarang kita telah meletakkan industri halal sebagai suatu yang berpotensi besar dalam perdagangan yang merentas semua negara,” tegasnya.

Pengiktirafan dunia membolehkan Malaysia muncul sebagai hab halal global. Sumbangan industri ini kepada KDNK dijangka mencecah RM231 bilion menjelang 2030, dengan nilai eksport disasarkan sebanyak RM80 bilion.

Anwar turut menyatakan bahawa permintaan terhadap produk halal telah meluas ke negara-negara bukan Islam seperti China, United Kingdom, dan Brazil.

“Halal kini bukan sahaja soal fiqh makanan, tetapi merangkumi kebersihan, integriti, akauntabiliti dan penjagaan alam sekitar. Ini menjadikannya relevan merentas agama dan budaya,” katanya.

Bagi memperkukuh daya saing, kerajaan akan memperkenalkan Madani Digital Trade Platform (MDT) berasaskan AI pada MIHAS 2025 untuk memacu padanan perniagaan rentas sempadan.

Anwar juga menekankan kepentingan melahirkan lebih ramai tenaga profesional halal dalam bidang sains makanan, teknologi, kejuruteraan dan undang-undang.

Beliau turut menghargai peranan pemimpin terdahulu, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pencetus visi industri halal negara yang kini diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
8 jam lalu· Politik
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok