Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mendedahkan Malaysia telah berjaya menyekat kemasukan algoritma propaganda rejim Zionist Israel yang berleluasa di beberapa negara lain.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha pencegahan dan proaktif yang dilaksanakan oleh kerajaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang sentiasa memantau tren-tren tertentu bagi menyekat kemasukan propaganda oleh regim tersebut.
Fahmi berkata, pendirian tegas Malaysia telah disampaikan secara langsung kepada pihak platform media sosial, termasuk TikTok.
Beliau mengingati kembali satu pertemuan di Bukit Aman di mana kerajaan mengkritik keras pelantikan seorang bekas pelatih tentera IDF sebagai pegawai kanan TikTok.
“Sudah pasti keberadaan seorang yang melatih pasukan IDF itu bukanlah satu mesej yang baik untuk ekosistem TikTok,” tegas Fahmi.
Menurut Fahmi lagi, isu sama juga dibangkitkan kepada entiti lain seperti Meta, terutamanya selepas beberapa kandungan mengenai Gaza dan Palestin yang dihasilkan oleh isteri Perdana Menteri diturunkan daripada platform Instagram dan Facebook.
“Dalam pertemuan-pertemuan kami, memang kami telah menyatakan bahawa perkara seperti ini tidak patut berlaku,” ujarnya lagi.
Beliau juga memaklumkan platform-platform media sosial tersebut akhirnya memahami dan mengakui hak Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat untuk menyatakan pendirian.
Hasil daripada keterlibatan yang berterusan ini, Fahmi yakin isyarat yang jelas telah diberikan.
“Kami percaya ia memberikan satu signal kepada platform-platform tersebut dan kita harap dalam hari-hari yang mendatang kita akan terus tangkis dan halang algoritma yang mengandungi propaganda rejim Zionist akan dapat dihalang daripada masuk ke Malaysia,” katanya.
Beliau juga berkongsi bukti kejayaan pendekatan ini, dengan memaklumkan semua 34 rakyat Malaysia yang menghasilkan kandungan mengenai Gaza dan Global Sumut Flotilla tidak menghadapi sebarang sekatan.
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat