Malaysia sokong Saudi lindungi keselamatan Makkah: Anwar

September 16, 2026 · Isu semasa

Malaysia menyatakan sokongan kepada Kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan memintas sebuah dron berhampiran Makkah al-Mukarramah, sambil menegaskan sebarang tindakan yang mengancam keselamatan serta kesucian kota suci itu tidak boleh diterima.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menghargai tindakan pantas pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keselamatan penduduk dan jemaah di Makkah terus terpelihara.

“Saya mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah.

“Insiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menyeru semua pihak supaya menghentikan serta-merta sebarang serangan terhadap kawasan awam, termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci umat Islam.

Menurut beliau, keselamatan Makkah bukan sahaja berkait dengan penduduk tempatan, malah melibatkan jutaan umat Islam dari seluruh dunia yang berkunjung ke kota itu bagi melaksanakan ibadah.

Malaysia pada masa sama menggesa semua pihak yang terlibat dalam ketegangan serantau supaya mengutamakan pendekatan damai dan mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan keadaan.

“Semua pihak harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah,” katanya.

Insiden dron berkenaan berlaku ketika Arab Saudi terus memperketat aspek keselamatan di sekitar kawasan sensitif, khususnya Makkah yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.

Makkah merupakan lokasi Masjidil Haram dan Kaabah serta menjadi destinasi utama umat Islam ketika musim haji dan umrah. Sebarang ancaman terhadap keselamatan kawasan itu dilihat serius kerana ia melibatkan keselamatan jemaah antarabangsa yang berada di sana.

Malaysia sebelum ini turut konsisten menyuarakan pendirian supaya konflik dan ketegangan di rantau Timur Tengah diselesaikan menerusi rundingan serta saluran diplomatik.

Berita berkaitan
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Pengampunan Najib bukan keputusan Anwar atau PH: Wanita PKR
September 18, 2026· Politik
PH panggil mesyuarat petang ini, isu kedudukan BN dijangka dibincang: Laporan
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
7 jam lalu · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026 · Isu semasa
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
September 18, 2026 · Isu semasa
AGC: Proklamasi 19 April turunkan Tuanku Muhriz tidak sah
September 17, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok