PMX bantah langkah Norway batal kontrak peluru berpandu LCS

May 14, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim membantah keras tindakan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu anti-kapal untuk program Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bantahan itu disuarakan Perdana Menteri dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre, susulan keputusan Oslo menarik balik lesen eksport berkaitan sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dan pelancar berkaitan atas alasan keselamatan negara.

Menurut Anwar, Malaysia telah memenuhi semua syarat kontrak sejak perjanjian itu dimeterai pada 2018, namun tindakan Norway membatalkan lesen secara unilateral menimbulkan persoalan terhadap komitmen negara Eropah itu sebagai rakan strategik pertahanan.

“Kontrak yang ditandatangani adalah instrumen yang suci. Ia bukannya sesuatu yang boleh diambil mudah.

“Jika pembekal pertahanan Eropah beranggapan mereka boleh mengingkari perjanjian tanpa sebarang tindakan, kedudukan mereka selaku rakan strategik boleh terhakis,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kementerian Luar Norway sebelum ini dilaporkan menarik balik beberapa lesen eksport melibatkan teknologi sensitif sebagai sebahagian langkah memperketat kawalan eksport negara itu.

Sistem peluru berpandu NSM berkenaan dibekalkan oleh syarikat Kongsberg Defence & Aerospace (KDA) dari Norway.

Berdasarkan maklumat syarikat itu, kontrak bernilai 124 juta euro atau kira-kira RM571.9 juta telah dimeterai bersama TLDM pada April 2018 bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu negara.

Program LCS yang dibangunkan untuk memperkukuh keupayaan pertahanan maritim Malaysia sebelum ini turut berdepan pelbagai kontroversi termasuk kelewatan projek dan peningkatan kos.

Kapal perang itu dijangka menjadi aset utama TLDM dalam mengawal perairan strategik negara, khususnya di Laut China Selatan.

Tindakan terbaru Norway itu dilihat boleh memberi kesan kepada jadual kesiapsiagaan projek LCS selain membuka semula perdebatan mengenai kebergantungan Malaysia terhadap teknologi pertahanan luar negara.

Berita berkaitan
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
3 jam lalu· Isu semasa
Bantu golongan miskin tanggungjawab kerajaan: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
PMX umum tambahan geran bantu usahawan kecil sebanyak RM200 juta
8 jam lalu· Isu semasa
CSA: Yuneswaran jawab kritikan Wan Saiful, kestabilan negara lebih penting
October 30, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
3 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: MPI hargai komitmen kerajaan perkukuh industri media
3 jam lalu · Isu semasa
Fahmi mahu penerima dana media kekalkan pekerja, jangan berhentikan
8 jam lalu · Isu semasa
Isu aplikasi TuJu: Fahmi minta LLM tidak lepas tangan, ambil tanggungjawab
9 jam lalu · Isu semasa
Utusan rancang kecilkan operasi, 60 pekerja terkesan?
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok