Mat Hasan harap MIC tak keluar BN, cari jalan berunding

November 18, 2025 · Politik

Mohamad Hasan akan mengatur pertemuan dengan pimpinan tertinggi MIC bagi membincangkan masa depan parti komponen itu dalam gabungan tersebut sejurus berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menggesa agar pimpinan MIC membuat pertimbangan yang sewajarnya berhubung resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung MIC Ke-79 baru-baru ini, yang antaranya mencadangkan parti itu keluar daripada BN.

“Saya yakin pimpinan tertinggi MIC akan memikirkan sebaik mungkin, sedalam-dalamnya kerana MIC parti yang bersama-sama dengan UMNO dan juga MCA semasa kita memerdekakan tanah air suatu ketika dahulu,” ujar Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Binsulok di Membakut hari ini.

Beliau berkata hubungan antara MIC dan BN telah lama dan amat rapa dan sebarang perkara yang memerlukan penjelasan atau salah faham yang perlu dijernihkan, seeloknya dibawa ke meja rundingan.

“Ini supaya persahabatan yang telah lama terbina ini tidak terputus begitu sahaja kerana persahabatan penting dalam sesebuah keadaan,” katanya lagi.

Mengimbau kembali kewujudan MIC bersama BN, Mohamad yakin pemimpin utama parti itu tidak akan membuat keputusan terburu-buru.

“Kadang-kadang, cakap-cakap itu biasa, tapi sebagai pemimpin tertinggi, saya yakin presiden, timbalan presiden dan pimpinan tertinggi MIC lain mempunyai kewarasan amat baik,” ujarnya.

Mohamad juga berkata akan mencari jalan untuk berunding dengan MIC bagi mencari penyelesaian terbaik dan mungkin pertemuan akan diadakan selepas PRN Sabah nanti.

“Kita akan jumpa, saya sendiri akan berusaha untuk jumpa mereka agar kita dapat menyelesaikan segala kekusutan.

“Laut mana tidak bergelora, kita tunggulah dulu gelora itu reda, ombak tengah kuat, kita ‘berlabuh’ dulu di jeti. Kita baiki dulu ‘kapal’ kita, mana yang bocor kita tampal, mana yang tidak betul kita betulkan dan kita akan terus keluar nanti apabila gelora telah reda,” jelasnya lagi.

Perhimpunan Agung MIC Ke-79 pada Ahad lalu dilaporkan menangguhkan keputusan muktamad berkenaan masa depan parti dalam BN, dengan tiga usul termasuk cadangan keluar diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk pertimbangan selanjutnya.

Berita berkaitan
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026· Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
August 27, 2026 · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
August 27, 2026 · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
4 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
16 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok