Kerugian FELDA menjadi isu hangat diperkatakan ketika ini.
Audit forensik perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebabkan FELDA menanggung kerugian hampir RM10 bilion, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan bukan sekadar melihat aspek pengurusan, malah meneliti transaksi dan keputusan yang mungkin mempunyai unsur salah guna kuasa, pecah amanah atau kelemahan tadbir urus.
Menurutnya, tanggungjawab untuk memastikan siasatan itu dilaksanakan terletak pada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, walaupun bekas Pengerusi FELDA sebelum ini sudah menjalani hukuman.
“Tanggungjawab melakukan siasatan diambil Anwar dan yang penting bukan hanya ‘management auditing’ (audit pengurusan), tetapi ‘forensic auditing’ (audit forensik) juga mesti dilakukan.
“Tentunya pihak bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan jika didapati ada bukti kukuh, tetapi jangan lakukan penganiayaan atau kezaliman untuk memalukan mana-mana individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya selepas merasmikan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Dunia (WITEX) serta Festival Seni dan Kebudayaan Dunia di World Trade Centre Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, tindakan susulan hasil audit forensik penting bagi memastikan pihak yang terbukti bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
Pada masa sama, beliau menegaskan proses siasatan tidak boleh dijadikan alasan untuk menganiaya atau memalukan mana-mana pihak.
“Kita tak boleh bertolak ansur dengan jumlah kerugian terbabit,” katanya.
Kelmarin, Anwar dilaporkan berkata kerajaan akan menunggu laporan lengkap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Pasukan itu sudah memulakan tugas dan hasil siasatan dijangka dibentangkan dalam tempoh terdekat. Laporan berkenaan juga dijangka didedahkan kepada umum selepas dimuktamadkan.
Ahmad Zahid berkata, siasatan menyeluruh penting bagi memastikan kepentingan peneroka dan generasi FELDA terus terbela.
“Seramai 225,000 peneroka dan tidak kurang 1.8 juta generasi FELDA terbabit yang kini sudah memasuki generasi kelima secara langsung atau tidak dalam isu ini.
“Justeru, kerajaan mesti santuni isu membelenggu FELDA supaya kepentingan mereka terus dipertahankan sewajarnya,” katanya.
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
Sudah lah tak hadir sidang khas Parlimen, Hadi persoal RCI TH dedah sekarang
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri