MT UMNO, Ahmad Maslan berharap Perdana Menteri segera mencari penganti Menteri Ekonomi baharu, Rafizi Ramli yang meletak jawatan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim disaran melantik Menteri Ekonomi baharu denga kadar segera memandangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu dibentangkan pada Julai nanti.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pelantikan itu penting berikutan RMK13 adalah dokumen berimpak tinggi yang perlu diurus dengan sebaik mungkin, ia selepas Rafizi Ramli meletak jawatan baru-baru ini
“Draf RMK13 itu sudah disediakan oleh Rafizi Ramli yang menerajui Kementerian Ekonomi dan akan dibentangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“Jadi saya berpandangan Menteri Ekonomi sangat penting ketika ini bagi memeriksa dan meneliti draf RMK13 sebelum ia dibentangkan Julai nanti.
“Bagaimanapun, pelantikan Menteri Ekonomi baharu itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Tanjung Piai hari ini.
Pada Mac lalu, Kementerian Ekonomi diterajui Rafizi dilaporkan sedang memuktamadkan penyediaan dokumen RMK13 yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Julai ini.
Bagaimanapun, Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dilaporkan mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2025 pada minggu lalu.
Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar, manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.
Semalam, Perdana Menteri dilaporkan masih belum memutuskan untuk mengganti jawatan dua menteri yang dikosongkan susulan kedua-duanya masih bercuti.
Mengulas isu pengunduran menteri daripada PKR itu, Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan berkata, Perdana Menteri memiliki kuasa penuh untuk melantik sesiapa saja sebagai pengganti.
“Sama ada (pengganti) daripada PKR atau sesiapa saja, itu terpulang kepada Perdana Menteri.
“Namun, tentunya pimpinan PKR mendesak kekosongan itu diganti individu daripada parti itu juga, itu logik politiknya.
“UMNO melihat dari jauh segala perkembangan yang ada, namun rakyat mungkin melihat dari dekat apa yang berlaku,” katanya.
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
UMNO Negeri Sembilan mahu tanding semua kerusi DUN secara solo: Jalaluddin
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi