Mat Sabu jangka PRU-16 dan PRN mungkin diadakan serentak tahun depan

November 8, 2025 · Politik

Mohamad Sabu meramalkan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan secara serentak pada tahun hadapan.

Presiden Parti Amanah itu berkata jangkaan tersebut berdasarkan tanda tersendiri yang dilihatnya daripada raut wajah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara berseloroh.

“Tidak mustahil PRU-16 dan PRN akan diadakan serentak pada tahun hadapan. Ini hak Perdana Menteri, saya tengok muka dia. Kalau dia senyum tu, mulut dia herot sikit belah kanan, pilihan raya dekat,” katanya semasa menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 Amanah hari ini.

“Kalau mulut dia sedikit sebelah kiri, lama nampak jauh lagi. Itu saya punya bacaanlah, tak tahu betul atau tidak,” tambahnya lagi.

Beliau turut menyeru semua ahli dan jentera parti agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan kembali aktif ke medan rakyat.

“Dekati masyarakat, bantu orang susah, jadi suara yang menenangkan, bukan yang menakutkan,” pesannya.

Mengakhiri ucapannya, Mohamad menggesa semua petugas dan jentera parti memulakan gerak kerja dari sekarang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan diadakan pilihan raya secara serentak pada tahun depan.

“Ingatlah, tidak mustahil PRU-16 dan PRN negeri akan diadakan serentak pada tahun hadapan. Maka, marilah kita bekerja dari sekarang,” ujarnya lagi.

Pendirian untuk pilihan raya serentak itu turut disokong Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, selari dengan pendirian ramai pemimpin lain dari parti kerajaan dan pembangkang.

Berita berkaitan
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
6 jam lalu· Politik
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
6 jam lalu· Politik
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
14 jam lalu· Politik
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
14 jam lalu · Politik
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
15 jam lalu · Politik
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
16 jam lalu · Politik
UMNO Negeri Sembilan mahu tanding semua kerusi DUN secara solo: Jalaluddin
16 jam lalu · Politik
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok