Onn Hafiz Ghazi.
Barisan Nasional (BN) Johor mengesahkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, sekali gus memberi bayangan keyakinan gabungan itu untuk terus mempertahankan pentadbiran negeri.
Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat serta hasil perbincangan bersama kepimpinan parti di peringkat negeri dan pusat.
Menurut beliau, langkah itu juga mencerminkan kesediaan BN untuk terus membawa kestabilan politik dan pembangunan kepada Johor.
“Pendirian untuk bertanding di semua 56 kerusi adalah tawaran jelas kepada rakyat bahawa BN bersedia membentuk kerajaan negeri yang stabil, kuat dan terus berkhidmat demi pembangunan Johor serta kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, BN Johor akan meneruskan agenda pembangunan negeri selain memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian dalam pentadbiran akan datang.
Onn Hafiz turut berharap Johor terus berada dalam keadaan aman dan makmur.
“Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor, kepada Allah kita berserah,” katanya.
Pada PRN Johor 2022, BN mencatat kemenangan besar apabila memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti selesa.
Semasa pilihan raya itu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 12 kerusi, termasuk 10 oleh DAP manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi. Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh tiga kerusi, sementara MUDA menang satu kerusi.
Kemenangan besar BN ketika itu dilihat sebagai titik kebangkitan semula gabungan tersebut selepas prestasi merosot pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Penggal DUN Johor dijangka tamat secara automatik pada 21 April tahun depan sekiranya tiada pembubaran lebih awal dilakukan.
Mengikut peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
Ini bermakna PRN Johor ke-16 dijangka berlangsung selewat-lewatnya sekitar Jun 2027.
Tiada pengampunan untuk Jho Low: PMX
Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, ganti Hamzah yang dipecat
Polis siasat dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia hadiri mesyuarat sulit
NGO desak Rafizi jawab isu dakwaan dana asing
Muhyiddin persoal pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke IPTA
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil