NGO desak Rafizi jawab isu dakwaan dana asing

6 jam lalu · Politik

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Rafizi Ramli tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam isu aliran dana asing yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, dakwaan tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana didakwa melibatkan campur tangan pihak luar dalam politik negara.

Menurut beliau, pihaknya telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu susulan penyebaran sebuah video yang mengaitkan bekas Menteri Ekonomi itu dengan dakwaan penerimaan dana asing melebihi RM1.5 juta melalui sebuah proksi tempatan.

“Ini isu serius kerana ia melibatkan kemungkinan ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kami berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berdasarkan bukti yang telah diserahkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shahbudin turut mendakwa dana berkenaan dipercayai digunakan untuk menggerakkan naratif tertentu di media sosial selain membiayai demonstrasi jalanan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.

“Tindakan pihak berkuasa penting demi memastikan Malaysia bebas daripada campur tangan asing. Jika dakwaan ini benar, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau turut meminta siasatan dilakukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) sekiranya wujud unsur pelanggaran undang-undang.

Setakat ini, Rafizi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan tersebut.

Berita berkaitan
Imigresen tiada rekod berhubung dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia
3 jam lalu· Isu semasa
Siasatan isu mesin layan diri luar bidang kementerian: Akmal Nasrullah
5 jam lalu· Isu semasa
Rafizi pilih haluan baharu, Saifuddin Nasution ucap “selamat maju jaya”
May 15, 2026· Politik
Rafizi bayang pengumuman politik besar Ahad ini
May 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada pengampunan untuk Jho Low: PMX
1 jam lalu · Politik
Amanat Anwar jadi fokus Konvensyen PH di Johor esok
1 jam lalu · Politik
MB Johor umum BN bertanding semua kerusi DUN Johor
3 jam lalu · Politik
BN boleh uji kekuatan bertanding solo pada PRN Johor: Khairy
3 jam lalu · Politik
Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, ganti Hamzah yang dipecat
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok