MCMC akan ambil langkah segera perkasa keselamatan data negara: Fahmi

October 12, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan segera hasrat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk memperkukuhkan keselamatan data negara menerusi pelaksanaan dasar Sovereign AI Cloud atau pengkomputeran awan kecerdasan buatan (AI) berdaulat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menekankan langkah proaktif ini akan dilaksanakan dengan panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Digital, dan Jabatan Digital bagi memastikan kawalan serta pengurusan data strategik negara lebih terjamin dan terlindung.

“Ia mengambil kira perubahan dasar di beberapa negara dan sekali gus menjamin ekosistem keselamatan data yang lebih kukuh, termasuk maklumat terperingkat berdasarkan Akta Rahsia Rasmi,” jelas Fahmi kepada pemberita selepas menghadiri Forum Menteri di International Young Future Leaders Summit (iFuture) 2025 hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Sovereign AI Cloud akan menjadi tonggak utama dalam melindungi data kerajaan dan maklumat sensitif daripada ancaman siber, sekaligus memastikan kedaulatan tadbir urus digital negara.

Perdana Menteri pada Jumaat lepas mengumumkan pelaburan bernilai RM2 bilion untuk projek tersebut ketika pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, mengenai permintaan Kementerian Pendidikan supaya MCMC menurunkan video kes rogol pelajar yang tular di media sosial, Fahmi menyatakan suruhanjaya itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Kita perlu sentiasa berhati-hati. Sekiranya sesuatu kandungan melanggar undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak, Akta Komunikasi dan Multimedia atau Kanun Keseksaan, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkannya,” ujarnya.

Tindakan menurunkan video tersebut, seperti yang dinyatakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, adalah bagi melindungi aib mangsa yang membabitkan seorang pelajar sekolah di Melaka.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok