MCMC akan ambil tindakan pihak sebar video kes rogol pelajar di Melaka

October 12, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil berat berkenaan laporan penyebaran rakaman video satu kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang pelajar di sebuah sekolah di Melaka.

MCMC dalam satu kenyataan menegaskan, pihak media digesa melaporkan insiden sensitif ini secara beretika dan bertanggungjawab.

“Media diingatkan agar tidak menyiarkan sebarang kandungan sensasi yang boleh menjejaskan siasatan berterusan atau menimbulkan tekanan emosi terhadap mangsa yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Tumpuan juga diberikan kepada perlindungan identiti mangsa.

Pengamal media diperingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat sensitif yang boleh menyebabkan mangsa dikenali, selaras dengan peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

“Tindakan menyebar atau mengedarkan video berkenaan melalui platform dalam talian adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas kenyataan MCMC.

Bagi menangani isu ini, MCMC memaklumkan mereka sedang bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penyedia perkhidmatan untuk memantau dan menurunkan sebarang kandungan berkenaan daripada media sosial.

Kerjasama ini penting bagi memastikan siasatan polis tidak terganggu dan mangsa mendapat perlindungan sewajarnya.

MCMC mengulangi gesaan kepada semua pihak agar prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani isu ini bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan mangsa.

Berita berkaitan
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
2 jam lalu· Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
3 jam lalu· Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
20 jam lalu· Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
20 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
2 jam lalu · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
3 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
22 jam lalu · Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok