MCMC giat kawal selia kandungan negatif dan lucah di media sosial: Fahmi

August 20, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menguatkuasakan langkah tegas terhadap kandungan negatif dan lucah di media sosial, dengan memohon penurunan sebanyak 2,693 kandungan dari Januari 2022 hingga Julai 2025.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu Dewan Rakyat hari ini, sebanyak 2,368 kandungan berjaya diturunkan oleh platform media sosial berikutan pelanggaran garis panduan komuniti bagi tempoh sama.

MCMC juga mengarahkan sekatan akses terhadap 4,071 laman sesawang yang didapati melanggar undang-undang berkaitan kandungan lucah.

“MCMC melaksanakan pendekatan kawal selia menyeluruh bagi membendung kandungan lucah dan pornografi serta melindungi golongan rentan seperti kanak-kanak dan keluarga daripada pendedahan kepada kandungan memudaratkan.

“Antara langkah yang diambil termasuk sesi libat urus berterusan dengan platform seperti YouTube dan TikTok bagi memastikan algoritma lebih telus dan selaras dengan peraturan serta nilai tempatan, termasuk mengehadkan akses kepada kandungan negatif,” kata Fahmi di Dewan Rakyat.

Fahmi memberi jawapan sebagai respons kepada kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen mengenai ancaman kandungan pornografi dan negatif di media sosial yang boleh memudaratkan masyarakat.

Menurut Fahmi lagi, MCMC juga memperkenalkan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan media sosial dan menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Kerajaan turut memperuntukkan hukuman lebih berat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk denda sehingga RM500,000, penjara sehingga lima tahun, dan denda harian RM5,000 untuk kesalahan berterusan, khusus bagi kesalahan yang melibatkan kanak-kanak bawah umur 18 tahun.

MCMC juga melancarkan Kempen Internet Selamat (KIS) pada Januari 2025 sebagai inisiatif nasional yang melibatkan 10,000 sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Setakat Ogos 2025, program tersebut telah mencapai lebih 70,000 pelajar dengan fokus terhadap pencegahan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta pendidikan mengenai bahaya buli siber dan fizikal.

Suruhanjaya itu menekankan peranan penting ibu bapa dalam memantau penggunaan internet anak-anak, menetapkan had masa skrin, dan mendidik tentang keselamatan digital.

Kerjasama erat antara platform media sosial, kerajaan, dan masyarakat diperlukan untuk mewujudkan persekitaran digital yang selamat untuk semua pengguna.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
12 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
13 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
14 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
12 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok