MCMC guna banyak masa hanya untuk turunkan iklan haram di Facebook: Fahmi

September 29, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggunakan masa kerja yang bersamaan dengan setahun untuk dilaksanakan dalam tempoh hanya sebulan bagi menangani iklan judi dan penipuan dalam talian di Facebook.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mendedahkan dari Januari hingga September tahun ini, MCMC merekodkan sebanyak 150,000 permintaan untuk menurunkan kandungan haram tersebut di platform media sosial berkenaan dan menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius.

“MCMC menghabiskan masa kira-kira 30 minit hanya untuk menurunkan satu bantaran judi atau penipuan. Ini adalah satu pembaziran masa yang besar,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam hari ini.

Sebagai tindak balas, Fahmi mengarahkan MCMC untuk mengadakan pertemuan dengan wakil platform media sosial utama di Singapura pada minggu depan.

Pertemuan tersebut akan membincangkan langkah-langkah teknikal yang lebih efektif.

“Perbincangan ini adalah untuk mengatasi masalah ini secara menyeluruh, bukan sekadar melalui pengesahan e-KYC, tetapi mencari penyelesaian tuntas terhadap penyebaran kandungan penipuan dalam talian,” jelas beliau.

Fahmi turut menekankan paradoks yang dihadapi negara dimana walaupun Malaysia menikmati kemudahan internet yang antara terpantas dan termurah di dunia, kemudahan ini turut disalahguna oleh penjenayah siber.

“Jenayah telah berhijrah dengan pantas ke media sosial. Penjenayah menggunakan internet yang laju ini untuk mencari mangsa,” katanya lagi.

Beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab platform media sosial untuk melaksanakan langkah pengesahan identiti seperti e-KYC dengan menggunakan dokumen seperti MyKad atau MyDigital ID.

Langkah ini, katanya, adalah penting untuk mengekang aktiviti penjenayah yang menyalahgunakan platform tersebut.

Berita berkaitan
Jurutera rugi lebih RM27,000 akibat penipuan seks dalam talian
4 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
4 jam lalu· Isu semasa
Kapal kedua lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
April 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan
April 21, 2026 · Isu semasa
Kos sara hidup akan terkena tempias akibat konflik Asia Barat: MIER
1 jam lalu · Isu semasa
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
1 jam lalu · Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
1 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok