MCMC kompaun Sin Chew, Sinar Harian sebanyak RM100,000

September 19, 2025 · Isu semasa

Dua penerbitan media utama negara, Sin Chew Media Corporation Berhad (Sin Chew) dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Harian) masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM100,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan selepas MCMC memperoleh izin mengkompaun daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut kenyataan MCMC, kompaun terhadap Sin Chew dikenakan berikutan siasatan yang mendapati akhbar digitalnya memuat naik ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap.

Sinar Harian pula dikompaun kerana siaran di akaun Instagram rasminya yang memuat naik profil mengandungi maklumat tidak benar berkenaan Ketua Polis Negara.

“Dakwaan yang dibuat melibatkan jawatan kepimpinan tertinggi sebuah parti politik tempatan,” jelas MCMC.

Kedua-dua siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala tindakan kompaun dibuat menurut Seksyen 243 akta yang sama.

MCMC dalam kenyataannya menegaskan Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang wajib dipaparkan dengan tepat. Suruhanjaya itu juga memberi amaran terhadap penyebaran kandungan palsu.

“Penyebaran kandungan palsu yang melibatkan institusi keselamatan negara boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa,” menurut MCMC.

MCMC mengingatkan semua organisasi media dan pengguna media sosial agar sentiasa memastikan ketepatan serta kesahihan kandungan yang diterbitkan, terutamanya yang membabitkan lambang dan simbol rasmi.

“MCMC akan terus memperkukuh penguatkuasaan dan melaksanakan pelbagai inisiatif literasi digital bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terpelihara,” tegas kenyataan itu.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
10 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
10 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
10 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
14 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok