MCMC menang kes fitnah terhadap Murray Hunter

October 16, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya dalam tindakan saman fitnah yang difailkan terhadap penulis bebas Murray Victor Hunter.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Hunter bersalah kerana menerbitkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap suruhanjaya tersebut.

Menurut MCMC, Hunter telah menerbitkan beberapa siri artikel antara April dan November tahun lalu yang mengandungi tuduhan serius dan tidak berasas.

Penerbitan tersebut didapati telah mengelirukan orang awam dan seterusnya merosakkan reputasi serta kredibiliti MCMC.

Sebagai tindakan untuk melindungi nama baik institusinya, MCMC memulakan prosiding undang-undang bagi menegakkan prinsip kebertanggungjawaban dan integriti dalam ekosistem digital.

“Keputusan mahkamah ini mengesahkan bahawa walaupun individu bebas menyuarakan pendapat mereka, kebebasan tersebut mesti diamalkan dengan bertanggungjawab dan dalam batas undang-undang.

“Hak bersuara tidak meliputi perbuatan membuat kenyataan palsu, berniat jahat, atau berunsur fitnah yang menjejaskan reputasi pihak lain,” kata MCMC dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penulisan Hunter yang menyentuh mengenai institusi-institusi di Malaysia, termasuk MCMC.

Media melaporkan Hunter, yang merupakan warganegara Australia, menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand dengan kandungannya boleh diakses dari dalam negara.

Hunter kini dilaporkan ditahan di Bangkok bulan lalu kerana gagal mematuhi saman yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan berkenaan.

Kemenangan MCMC dalam kes ini diharap menjadi pengajaran tentang pentingnya komunikasi yang bertanggungjawab di alam siber.

Berita berkaitan
MCMC rakam keterangan individu sebar berita diesel palsu ke Filipina
6 jam lalu· Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
April 16, 2026· Isu semasa
MCMC ambil tindakan pantas tangani berita palsu krisis tenaga: Fahmi
April 16, 2026· Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
6 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
6 jam lalu · Isu semasa
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
April 17, 2026 · Isu semasa
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
April 17, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok