MCMC siasat China Press siar maklumat palsu berhubung titah Agong

January 20, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap laporan dalam talian China Press yang dikatakan mengandungi maklumat palsu berkaitan titah Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam.

Menurut MCMC, aduan rasmi telah diterima daripada orang awam dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membolehkan tindakan diambil terhadap penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam atau menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Pihak China Press telah dipanggil ke ibu pejabat MCMC untuk rakaman keterangan petang ini,” kata MCMC dalam kenyataan media.

“Kami juga menggesa orang ramai menyalurkan aduan secara rasmi melalui portal aduan.mcmc.gov.my supaya tindakan berdasarkan fakta dan proses yang sah dapat dijalankan,” tambah kenyataan itu lagi.

MCMC juga menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau kenyataan bersifat fitnah di media sosial, bagi memberi ruang kepada siasatan berjalan dengan lancar.

Isu ini muncul susulan penyebaran kandungan di media sosial yang mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong semasa sidang parlimen berbeza daripada kenyataan rasmi Istana.

Pihak berkuasa berkata sebarang maklumat berkaitan institusi diraja perlu disahkan sebelum dikongsi bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan rakyat.

MCMC sebelum ini turut beberapa kali menegaskan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang tidak tepat adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam.

Berita berkaitan
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
4 jam lalu· Isu semasa
Polis siasat misteri lelaki berseragam bawa senjata di Kepong
June 23, 2026· Isu semasa
Kontroversi pemindahan gajah: NRES sedia beri kerjasama dalam siasatan SPRM
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
1 jam lalu · Isu semasa
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
4 jam lalu · Isu semasa
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
4 jam lalu · Isu semasa
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok