Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan terhadap seorang Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin berkenaan isu pemberian subsidi RON95 masih aktif dijalankan.
Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan semakan awal terhadap kandungan yang tular di platform media sosial telah dilaksanakan dengan kerjasama penyedia platform berkenaan.
Bagaimanapun, pihak suruhanjaya masih menunggu maklumat lanjut daripada TikTok bagi melengkapkan proses siasatan tersebut.
“Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian serta arahan selanjutnya,” menurut MCMC.
MCMC memberi jaminan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa yang terlibat bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada.
“MCMC komited untuk memastikan proses siasatan ini dijalankan secara telus dan mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan,” tambah kenyataan itu.
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum