Meta ditegur tak beri kerjasama baik, kandungan jenayah berleluasa: Fahmi

September 22, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi mengeluarkan amaran tegas kepada gergasi teknologi Meta kerana didakwa gagal memberikan kerjasama yang efektif dalam menangani pelbagai aktiviti jenayah di platformnya, terutamanya Facebook.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat bersama wakil Meta yang diadakan baru-baru ini turut disertai oleh pihak polis, Jabatan Peguam Negara dan agensi keselamatan siber bagi membincangkan isu kritikal tersebut.

Beliau berkata kandungan haram seperti perjudian dalam talian, penipuan, maklumat palsu dan penjualan produk terlarang masih berleluasa.

“Statistik sehingga 19 September lalu menunjukkan sebanyak 168,774 permohonan penurunan kandungan dikemukakan kepada Meta untuk platform Facebook sahaja, yang mewakili 59 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan di semua platform media sosial,” jelas Fahmi.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sebahagian besarnya melibatkan judi dalam talian dan aktiviti scam, dengan ribuan aduan lagi masih belum ditangani.

Lebih membimbangkan, berdasarkan data Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, kes penipuan e-dagang di platform Meta (Facebook, Instagram, WhatsApp) dari 2023 hingga Ogos lalu telah menyebabkan kerugian kumulatif melebihi RM248 juta melibatkan 18,128 kes.

“Jumlah tersebut menunjukkan Meta masih gagal memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Hal ini memberi kesan kepada usaha pihak berkuasa untuk melindungi rakyat daripada ancaman jenayah dalam talian yang semakin meningkat,” tegasnya.

Bagaimanapun, Fahmi memberitahu Meta juga memberikan jaminan untuk mempertingkatkan usaha dan kerjasama, namun kerajaan menekankan jaminan itu perlu dibuktikan dengan tindakan nyata.

“Kerajaan Madani tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu keselamatan digital.

“Meta dan semua penyedia platform media sosial wajib mengambil tanggungjawab yang lebih besar,” ujarnya lagi.

Fahmi turut menyeru supaya platform media sosial memperkenalkan mekanisme pengesahan umur dan identiti yang lebih kukuh, termasuk penggunaan MyKad atau MyDigital ID, bagi melindungi pengguna bawah umur.

“Kementerian Komunikasi dengan kerjasama agensi penguatkuasaan akan memperkukuh pemantauan dan tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama tidak dipertingkatkan oleh Meta,” katanya.

 

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
2 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
24 jam lalu· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
2 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
6 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
24 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok