Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Rundingan akan tetap terus dijalankan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi mencari titik persefahaman dalam isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat kepada Malaysia.
Menteri MITI, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan tidak berputus asa untuk berunding walaupun pentadbiran Donald Trump sudah mengumumkan kenaikan tarif terhadap beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Ujarnya, fokus MITI dalam rundingan adalah melibatkan sektor tertentu, seperti jentera dan peralatan, produk kimia dan berasaskan kimia, peranti perubatan, besi dan keluli, aluminium, plastik, automotif, dan sektor elektrik & elektronik (E&E).
“Bagi produk pertanian, rundingan tertumpu pada buah-buahan, bijirin dan beras, ayam daging hidup dan telur, daging, susu dan produk tenusu, serta alkohol.
“Terdapat juga dakwaan mengenai halangan bukan tarif yang dirundingkan termasuk isu pensijilan halal,” katanya pada sidang media mengenai tarif timbal balas AS hari ini.
Zafrul berkata, strategi perundingan Malaysia mengenai produk pertanian adalah keseimbangan pragmatik antara kesihatan awam dan prinsip timbal balik.
Secara umum, katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menambah baik pelbagai langkah termasuk penerimaan pensijilan kawal selia AS bagi produk makanan tertentu.
“Mengenai isu persekitaran dan buruh, Malaysia bersetuju untuk mempertingkatkan perlindungan alam sekitar selaras dengan komitmen global serta piawaian buruh antarabangsa.
“Dalam perdagangan digital, Malaysia komited untuk memudahkan pendigitalan dalam perdagangan dan menggalakkan aliran data rentas sempadan yang selamat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
“Pendekatan ini berasaskan prinsip tidak mendiskriminasi sambil mengekalkan hak kedaulatan untuk mengawal selia demi kepentingan awam dan keselamatan.
“Pendekatan ini sejajar dengan prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta komitmen sedia ada Malaysia di bawah pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA),” katanya lagi.
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri