MOF minta maaf susulan sistem MyKasih alami gangguan teknikal

August 31, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) dan MyKasih Foundation memohon maaf kepada orang ramai berikutan kesulitan yang dialami oleh pengguna ketika menebus Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada hari ini.

Gangguan tersebut berlaku akibat daripada jumlah transaksi yang sangat tinggi pada hari pertama penyaluran bantuan itu dilaksanakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MyKasih Foundation, gangguan teknikal yang berlaku berpunca daripada lonjakan volum transaksi yang luar biasa tinggi, menyebabkan sistem terminal MyKasih mengalami kelewatan dalam pemprosesan transaksi.

Walaupun pembelian masih boleh dilakukan, sebahagian premis runcit menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi disebabkan oleh permintaan terhadap sistem yang terlalu tinggi.

Pasukan teknikal MyKasih dikatakan sedang bekerja keras untuk menyelesaikan isu tersebut dan dijangkakan sistem akan pulih tidak lama lagi.

Kejadian ini telah menyebabkan beberapa pasar raya dilaporkan berada dalam keadaan ‘kecoh’, dengan ramai pelanggan terpaksa meninggalkan troli yang penuh dengan barangan setelah sistem pembayaran MyKasih gagal berfungsi.

Masalah ini timbul pada hari pertama tuntutan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Keadaan itu bukan sahaja mengakibatkan transaksi tidak dapat diproses di kaunter pembayaran, malah menimbulkan rasa kecewa dan kekeliruan dalam kalangan penerima bantuan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan memberikan bantuan berbentuk barangan asas yang boleh ditebus di premis-premis runcit terpilih.

Berita berkaitan
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar, MoF tampil jelaskan
September 2, 2026· Isu semasa
BUDI MADANI: Had subsidi naik 300 liter mulai esok
August 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok