MOF teliti cadangan MyKad diguna beli minyak masak subsidi

February 12, 2026 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan MyKad dalam pembelian minyak masak bersubsidi melalui integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sebagai usaha memperkukuh pengesahan identiti dan memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), termasuk melihat penggunaan MyKad dalam Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Menurut beliau, langkah ini penting bagi mengekang ketirisan selain memudahkan penyaluran subsidi secara lebih adil dan tepat sasaran.

“Pendekatan ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa menambah beban kepada rakyat, selain memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan memperluas mekanisme penyelarasan subsidi BUDI MADANI (BUDI 95) kepada barangan lain termasuk minyak masak dan gula.

Katanya, penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan telah terbukti berkesan menerusi pelaksanaan BUDI 95.

“BUDI 95 memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa gangguan. Ini menunjukkan sistem MyKad mudah diakses, stabil dan diterima baik rakyat,” jelasnya.

Beliau menambah, keberkesanan itu turut disokong pelaksanaan SARA 2025 yang mencatat kadar penggunaan sehingga 99 peratus melalui MyKad.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan pelbagai pendekatan penyasaran subsidi bagi memastikan bantuan lebih fokus kepada golongan berpendapatan rendah, susulan peningkatan kos sara hidup dan tekanan ekonomi global.

Pendigitalan sistem subsidi dilihat sebagai langkah strategik bagi mengurangkan penyelewengan serta meningkatkan kecekapan agihan bantuan.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
21 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok