MOT akan jumpa pemain industri penerbangan tangani krisis tenaga

April 9, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri penerbangan minggu depan bagi membincangkan langkah menghadapi tekanan akibat krisis tenaga global yang semakin memberi kesan kepada sektor itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perbincangan itu adalah kesinambungan usaha kementerian selepas mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) sebelum ini.

“Kita akan terus mengadakan sesi libat urus dengan industri penerbangan minggu depan untuk memberi respons tentang langkah yang boleh membantu kelangsungan industri,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian hari ini.

Krisis tenaga global yang berpunca daripada gangguan bekalan serta peningkatan harga bahan api sejak kebelakangan ini telah memberi tekanan besar kepada industri penerbangan, khususnya melalui kenaikan kos operasi.

Situasi ini turut memberi kesan kepada harga tiket dan kestabilan syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Pada masa sama, kerajaan melihat cabaran ini sebagai peluang untuk mempercepat perubahan dalam corak penggunaan pengangkutan.

Loke berkata rakyat digalakkan beralih kepada pengangkutan awam, khususnya sistem rel yang telah menerima pelaburan besar.

“Pelaburan besar dalam infrastruktur rel ini adalah untuk manfaat jangka panjang rakyat, dan kita berharap lebih ramai akan menggunakannya,” katanya.

Beliau turut menjangkakan perubahan tingkah laku pengguna, termasuk peningkatan penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan elektrik pada masa depan.

Justeru, katanya, kementerian perlu memastikan sistem pengangkutan awam negara lebih cekap, boleh dipercayai dan selesa.

Dalam perkembangan berkaitan, isu keselamatan jalan raya kekal sebagai fokus utama kerajaan.

Loke menegaskan tindakan lebih tegas akan diambil bagi menangani kemalangan, terutama yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

“Ini isu besar kerana ia melibatkan nyawa. Kita perlu respons lebih cepat dan memastikan langkah keselamatan serta pindaan undang-undang sentiasa dikaji,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
ECRL mula operasi Disember, tiket ekonomi diskaun 30 peratus: Loke
October 20, 2026· Isu semasa
KPDN tunggu analisis 27 sampel petrol disyaki bercampur air
October 18, 2026· Isu semasa
Lumba haram: Denda hingga RM20,000, penjara lima tahun
October 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
October 25, 2026 · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
2 jam lalu · Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok