Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq.
Seorang lagi Ahli Parlimen (MP) PKR, Dr. Mohammed Taufiq Johari menjadi mangsa ugutan siber melibatkan kandungan video lucah palsu yang dipercayai dicipta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
MP Sungai Petani itu didesak membayar wang tebusan sebanyak AS$100,000 bagi mengelakkan video berkenaan disebarkan secara meluas.
Peristiwa ini menyusuli insiden serupa yang sebelum ini menimpa MP Pandan, Rafizi Ramli, dan MP Subang, Wong Chen.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, Dr. Mohammed Taufiq mendedahkan menerima e-mel ugutan daripada satu akaun tidak dikenali pada 12 September lepas.
E-mel tersebut mengandungi satu video lucah yang memaparkan imejnya yang telah dimanipulasi menggunakan teknologi AI.
“Saya ingin menegaskan ugutan ini adalah perbuatan jenayah siber yang amat serius. Justeru, saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut berhubung penyalahgunaan teknologi AI dalam cubaan menyebarkan fitnah dan pornografi palsu,” katanya.
Beliau juga mengesahkan akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap e-mel berkenaan yang dipercayai datang daripada pihak tidak bertanggungjawab.
Dr. Mohammed Taufiq turut menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang bentuk penipuan atau ugutan menerusi Internet.
“Penyebaran kandungan palsu sebegini bukan saja mencemarkan maruah individu, tetapi juga mengancam keselamatan masyarakat secara keseluruhan,” tegasnya lagi.
Sementara itu, pada Jumaat lepas, Rafizi dilaporkan turut menerima ugutan sama yang membabitkan satu rakaman video seks yang didakwa menunjukkannya bersama seorang lelaki lain.
Beliau memaklumkan rakaman berkenaan dipercayai adalah klip lama yang disunting semula bagi tujuan fitnah.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong