Mufti nasihat penganjur ‘Glamping With Pride’ hentikan program songsang

January 11, 2026 · Isu semasa

Penganjur program ‘Glamping With Pride’ yang didakwa mempromosikan gaya hidup songsang dinasihatkan supaya membatalkan atau menghentikan penganjuran aktiviti berkenaan kerana bercanggah dengan fitrah manusia dan ajaran Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, berkata program yang cuba menyuntik elemen tersebut walaupun dibalut dengan aktiviti rekreasi seperti glamping tetap jelas dilarang kerana membawa mesej yang bertentangan dengan nilai agama dan moral masyarakat.

Menurut beliau, penganjuran program sedemikian boleh dianggap sebagai mempromosikan maksiat secara terbuka, lebih-lebih lagi di Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dari perspektif Maqasid Syariah, penganjuran program seperti ini bercanggah dengan prinsip pemeliharaan keturunan atau hifz al-nasl dalam syariat Islam,” katanya menerusi kenyataan Tinta Mufti yang dimuat naik di media sosial.

Beliau menjelaskan pernikahan antara lelaki dan wanita disyariatkan bagi memastikan kesinambungan zuriat manusia secara sah, di samping mencegah kerosakan sosial akibat perbuatan zina dan hubungan sejenis.

“Malah, tindakan mempromosikan budaya ini boleh dikategorikan sebagai menyebarkan fahsya’, iaitu perkara keji dalam kalangan orang beriman,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan penganjur ‘Glamping With Pride’ merancang untuk meneruskan program berkenaan di Hulu Langat pada hujung minggu depan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.

Kumpulan yang dikenali sebagai Jejaka mendakwa program dua hari itu hanyalah sebuah ‘retreat’ komuniti yang memberi fokus kepada kesejahteraan diri, sokongan rakan sebaya dan kesedaran kesihatan.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Johan Abd Aziz, menggesa pengusaha chalet dan resort agar tidak membenarkan premis mereka digunakan untuk program yang dikaitkan dengan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ).

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, turut memaklumkan akan turun padang bagi memastikan program tersebut dibatalkan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauwaz menegaskan bahawa individu yang terlibat dengan program maksiat wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

“Jika ada antara mereka yang ingin bertaubat dan kembali kepada fitrah, pintu taubat sentiasa terbuka,” ujarnya.

Berita berkaitan
Mufti Wilayah cadang tangguh umrah jika keadaan di Asia Barat masih tak stabil
March 14, 2026· Isu semasa
Kes spa Chow Kit: PDRM masih tunggu keputusan AG untuk buat pendakwaan
February 5, 2026· Isu semasa
135 kes tangkapan LGBT direkod sejak 2022
January 27, 2026· Isu semasa
Glamping with Pride: Sultan Selangor bertitah bantah sebarang aktiviti LGBT
January 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
10 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
10 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok