Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’

September 6, 2026 · Isu semasa

Istilah ‘menunggang agama’ tidak wajar digunakan secara berleluasa kerana boleh menimbulkan generalisasi terhadap golongan agamawan yang ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, istilah lebih tepat untuk menggambarkan perbuatan menyalahgunakan agama bagi mendapatkan kepentingan dunia ialah ‘eksploitasi agama’.

Menurut beliau, istilah berkenaan lebih objektif kerana memberi fokus kepada perbuatan menyalahgunakan agama, berbanding istilah ‘menunggang’ yang membawa konotasi negatif serta cenderung kepada sindiran dan tuduhan terhadap individu.

“Pada pandangan kami, istilah ini tidak wajar untuk disebarkan dan digunakan secara berleluasa dalam kalangan awam kerana ia membawa kepada generalisasi terhadap semua golongan yang terlibat dalam agama tanpa membezakan antara mereka yang ikhlas dan tidak,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu istilah ‘menunggang agama’ dan larangan terhadapnya.

Ahmad Fauwaz berkata, masyarakat juga perlu berhati-hati ketika menggunakan istilah berkaitan agama kerana penggunaannya secara mudah boleh memberi kesan terhadap pemikiran dan amalan umat Islam.

Beliau menjelaskan, lebih ramai golongan agamawan yang ikhlas dalam memperjuangkan dan meninggikan syiar agama, termasuk ulama, pendakwah dan asatizah.

Katanya, konsep eksploitasi agama pula mempunyai sandaran jelas dalam al-Quran dan Sunnah, termasuk kecaman Allah SWT terhadap golongan agamawan yang mengambil kesempatan terhadap masyarakat bagi memperoleh habuan dunia.

“Eksploitasi agama memfokuskan kepada perbuatan atau tindakan itu sendiri, iaitu proses menyalahgunakan sesuatu di luar had yang wajar untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Beliau turut memetik Surah al-Taubah ayat 34 yang mengecam perbuatan sebahagian pendita Yahudi dan Nasrani yang mengambil harta manusia secara batil serta menghalang mereka daripada jalan Allah.

Ahmad Fauwaz turut menjelaskan hadis riwayat al-Tirmidzi yang menggambarkan kemunculan golongan pada akhir zaman yang menggunakan agama untuk mendapatkan kepentingan dunia.

Menurutnya, golongan berkenaan mungkin menampilkan imej alim, warak, lembut dan manis tutur kata bagi mendapatkan kepercayaan masyarakat, sedangkan tujuan sebenar adalah mengejar wang, pengaruh atau kedudukan.

“Orang awam akan mudah tertipu kerana yang dilihat hanyalah zahir pakaian yang sopan, tutur kata yang lembut dan manis, sedangkan niat sebenar di sebalik itu adalah keuntungan dunia semata-mata,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah memberikan kepercayaan, harta atau ketaatan secara membuta tuli kepada individu yang menggunakan agama sebagai alat kepentingan peribadi.

Golongan yang terlibat dalam dakwah dan kerja agama pula diseru supaya sentiasa menjaga niat serta memastikan segala usaha dilakukan kerana Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

Berita berkaitan
Kerajaan tolak tayangan drama ‘Madu atau Racun’, bercanggah ajaran Islam
September 2, 2026· Isu semasa
Lima kali BNM beri amaran, masalah TH tetap tidak diendah pengurusan terdahulu
August 11, 2026· Isu semasa
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
May 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC nafi terlibat isu dalam laporan Anthropic
5 jam lalu · Isu semasa
MA63 perlu jadi agenda nasional: Anwar
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan setuju tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
12 jam lalu · Isu semasa
Keputusan pengampunan Najib ditangguh ke mesyuarat akan datang
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok