Kes spa Chow Kit: PDRM masih tunggu keputusan AG untuk buat pendakwaan

February 5, 2026 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan susulan terhadap lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan sebuah spa di Chow Kit pada November tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 17 Disember untuk penelitian lanjut.

Menurutnya, siasatan melibatkan lelaki tempatan daripada 171 individu yang ditahan semasa operasi tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan berkaitan pemerdagangan manusia untuk tujuan pelacuran, serta Seksyen 377B/511 dan 377D melibatkan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii dan kesalahan berkaitan,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan mengenai tindakan kerajaan terhadap 171 lelaki tempatan yang sebelum ini dibebaskan tanpa pendakwaan kerana kekurangan bukti.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 269 dan 270 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan cuai atau berniat jahat yang boleh menyebarkan penyakit berbahaya.

Kertas siasatan juga melibatkan Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 berhubung pemilikan atau pengedaran bahan lucah tanpa kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

Pada 30 November lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus dilaporkan berkata kesemua 171 individu yang ditahan dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman.

Beliau menjelaskan siasatan sukar diteruskan kerana tiada individu mengaku sebagai mangsa eksploitasi.

“Dalam kes eksploitasi atau perbuatan luar tabii, mesti ada mangsa. Bila tiada yang tampil mengaku sebagai mangsa, kes sukar diteruskan,” katanya.

Serbuan spa tersebut mendapat perhatian meluas kerana melibatkan jumlah tangkapan yang besar serta isu moral dan kesihatan awam.

Kes ini juga mencetuskan perbincangan mengenai cabaran penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah eksploitasi dan kesalahan seksual di negara ini.

Berita berkaitan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu· Politik
Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia
August 13, 2026· Isu semasa
PH yakin DAP utamakan kestabilan politik: Saifuddin Nasution
August 13, 2026· Politik
Polis rekod 11 nahas maut ketika program RXZ Members 8.0
August 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok