Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan

February 9, 2026 · Politik

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Sri Sanjeevan Ramakrishnan menyatakan keyakinan kebijaksanaan serta pengalaman Muhyiddin Yassin mampu membantu parti itu keluar daripada cabaran politik semasa dengan lebih kuat dan bersedia menghadapi masa depan.

Menurut beliau yang juga Naib Ketua Bersekutu Bersatu, krisis politik bukan pengakhiran kepada sesebuah parti, sebaliknya sebahagian daripada proses pembentukan kekuatan dalaman.

Katanya, banyak parti politik di Malaysia pernah melalui situasi sama sebelum bangkit semula.

“Setiap parti politik di Malaysia pernah melalui krisis dalaman. Itu bukan tanda kelemahan, sebaliknya sebahagian daripada proses pematangan dan pengukuhan. Tanpa ujian, tiada kebijaksanaan,” katanya dipetik laporan.

Beliau menambah, sejarah menunjukkan beberapa parti besar negara pernah berdepan konflik dalaman, namun berjaya bangkit melalui pembaharuan dan disiplin organisasi.

Katanya lagi, Bersatu kini sedang melalui fasa serupa yang menuntut kesabaran serta kesetiaan kepada perjuangan asal parti.

“Kita belajar, kita perbaiki dan kita mara ke hadapan. Dalam politik, mereka yang bertahan selepas ributlah yang layak memimpin pelayaran seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, Bersatu ditubuhkan pada 2016 dan pernah memainkan peranan penting dalam landskap politik negara termasuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Muhyiddin pula pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan dan kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam parti serta politik nasional.

Sanjeevan turut berkata perbezaan pandangan dalam parti adalah perkara biasa dalam organisasi politik yang aktif dan berkembang dan cara konflik diuruskan akan menentukan kekuatan parti pada masa hadapan.

Beliau mengibaratkan cabaran politik sebagai ujian yang membentuk kepimpinan.

“Laut yang tenang tidak pernah melahirkan pelayar yang hebat,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
Razali tegaskan masih ahli Bersatu
October 3, 2026· Politik
PRN Melaka: Norhizam ‘juara tembak babi’ sedia kembali bertanding
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
8 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok