Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan mengatakan Bersatu sedang berusaha sedang menjalin hubungan rapat dengan Pakatan Harapan (PH), sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat.
Menurut Presiden Bersatu, dakwaan yang tersebar itu hanyalah spekulasi yang bertujuan menggugat keharmonian dalam parti serta hubungan antara parti-parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
“Ini adalah tuduhan liar yang tidak berasas serta berniat jahat semata-mata untuk menjejaskan keharmonian dalam Bersatu dan juga antara parti-parti dalam Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhyiddin menegaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti, termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang bertanggungjawab menentukan dasar dan hala tuju parti.
Beliau berkata Bersatu mempunyai prinsip perjuangan yang jelas, khususnya dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara di samping membela kebajikan rakyat.
Menurutnya, sebarang kerjasama politik dengan parti lain hanya akan dipertimbangkan berdasarkan prinsip tersebut.
“Kerjasama Bersatu dengan mana-mana parti lain adalah berpandukan prinsip perjuangan yang jelas ini,” katanya.
Dalam kenyataannya, Muhyiddin turut menegaskan bahawa Bersatu kekal komited bersama PN dan tidak pernah berganjak daripada pendirian tersebut.
“Perikatan Nasional adalah wadah terbaik untuk Bersatu merealisasikan perjuangannya,” katanya.
Tambah beliau, fokus utama parti ketika ini adalah memperkukuhkan organisasi dan mengukuhkan gabungan PN sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) yang dijangka menjadi medan penting menentukan hala tuju politik negara.
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan