Mungkin ada agenda Barat jadi dalang himpunan ‘Turun Anwar’, kata Biro Agama PKR

July 28, 2025 · Politik

Biro Agama PKR tidak menolak kemungkinan himpunan ‘Turun Anwar’ yang diadakan pada Sabtu didalangi agenda Barat yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan mencurigai dengan himpunan yang diadakan pembangkang mempunyai kaitan dengan pendirian tegas Anwar dalam isu Palestin dan wujud desakan daripada Barat yang tidak bersetuju dengan ketetapan Malaysia.

“Memang ada yang bingung kenapa Anwar mesti diturunkan. Ini terbukti apabila para peserta tidak pasti siapakah yang layak menggantikan Anwar.

“Ada yang tersalah sebut nama pemimpin utama PAS yang kononnya layak memimpin negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata, para ulama turut menegaskan bahawa kestabilan politik negara perlu dipertahankan dan secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar untuk terus memimpin bagi penggal ini.

Ujarnya, rakyat semakin keliru apabila Anwar mengumumkan penurunan harga petrol RON95 yang sememangnya sudah antara yang termurah di dunia, selain pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas yang terus menimbulkan persoalan mengapa beliau perlu diturunkan.

Amidi berkata, jika diteliti secara lebih luas, pelbagai faktor global mungkin menjadi penyebab utama desakan terhadap kepimpinan Anwar.

“Politik dunia mula mendung dengan kemenangan kali kedua Trump sebagai Presiden Amerika.

“Trump memperkenalkan ‘Reciprocal Tariff’ yang menggoncang ekonomi dunia dan Malaysia di bawah Anwar berusaha mempertahankan kedaulatan negara daripada perang ekonomi,” katanya.

Menurut Amidi, kecaman terbuka Anwar terhadap Israel mengundang reaksi tidak senang daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

“Keberanian Anwar menonjolkan diri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan Palestin tanpa memilih pentas turut menarik perhatian dunia.

“Strategi Anwar yang mengimbangi hubungan dengan Rusia dan China menimbulkan kewaspadaan AS. Penerimaan Anwar di pelbagai belahan dunia mencetuskan kebimbangan kuasa veto terhadap perubahan sokongan terhadap Palestin.

“Pada mereka, kemaraan Anwar mesti dilemahkan. Persepsi bahawa beliau disokong rakyat mesti dirosakkan. Maka inilah yang berlaku pada 26 Julai lalu menerusi laporan media Barat yang memburukkan nama Anwar,” katanya.

Beliau turut memetik laporan Reuters, Channel News Asia dan Bloomberg yang didakwa memberikan gambaran negatif terhadap Anwar, termasuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar bukan pilihan rakyat.

Tambah Amidi, laporan media Barat itu jelas menunjukkan terdapat kemungkinan agenda kuasa-kuasa asing yang bertujuan untuk merosakkan imej Anwar di pentas antarabangsa.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu· Politik
PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar
February 7, 2026· Politik
Rafizi: Saya tak kejar jawatan PM
February 2, 2026· Politik
Saifuddin: Maklumat siasatan kes serangan anak Rafizi tidak boleh didedah
January 28, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
3 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
8 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok