Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
Hashim Jasin, hari ini menyokong penuh usul sayap pemuda parti itu yang mahukan kepimpinan PAS menerajui Perikatan Nasional (PN) seterusnya memimpin negara.
Mursyidul Am PAS berkata sudah menyuarakan hasrat yang sama bagi memastikan semua keputusan dasar dalam PN dibuat secara rundingan dan bukannya secara unilateral.
“Saya pernah suarakan hasrat itu daripada tahun-tahun yang lalu, bahawa dalam Perikatan Nasional ini, keputusan yang melibatkan dasar perlu dibuat selepas kita berunding.
“Apabila pada ketika itu, ada suara-suara yang merasakan mereka umumkan apa saja, jadi saya rasa saya bukan ada apa-apa kepentingan, hanya untuk parti. Maka saya suarakanlah, tak patut buat gitu, rundinglah dulu,” katanya semasa sidang media di Maahad Darul Hadis hari ini.
“Tapi makin hari dia makin berlaku sebaliknya. Jadi secara peribadi, keputusan yang dibuat oleh pemuda, saya setujulah itu. Dan kita harap benda ni akan membantu lagi untuk kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang,” tambah Hashim.
Beliau hadir bagi merasmikan Muktamar Ulama PAS yang dihadiri kira-kira 600 perwakilan.
Menurut Hashim, PAS telah membuktikan keupayaannya dengan menguasai empat buah negeri dan mempunyai jentera pilihan raya yang tersusun, justeru layak untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Sokongannya itu menyusul ketetapan Muktamar Pemuda PAS semalam yang sebulat suara meluluskan usul supaya parti itu mengambil alih teraju PN.
Usul itu dibentangkan dalam suasana tegang antara PAS dan Bersatu berikutan pengumuman Bersatu yang menamakan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan PN.
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?