NADI diperkasa, 13 pengerusi baharu dilantik di Pulau Pinang

September 14, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 13 Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi setiap kawasan Parlimen di Pulau Pinang telah dilantik secara rasmi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada majlis pelancaran di Penanti hari ini.

Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memantapkan pengurusan dan operasi NADI, sekaligus memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh komuniti setempat dalam jangka masa panjang.

Inisiatif ‘1 DUN 1 NADI’ di negeri ini telah berjaya menambah 39 pusat baharu, menjadikan keseluruhan 42 NADI beroperasi di Pulau Pinang.

Sehingga Mei 2025, pusat-pusat ini telah berjaya menarik minat 10,827 ahli dan mencatatkan 17,743 penyertaan dalam pelbagai aktiviti, membuktikan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menurut Fahmi, kejayaan NADI tidak terhad kepada menyediakan akses digital.

“NADI bukan sekadar pusat akses digital, sebaliknya berperanan sebagai hab perpaduan sosial dan digital di peringkat akar umbi, selaras dengan agenda kerajaan memperkukuh masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing,” jelas beliau.

Majlis perasmian turut dihidupkan dengan penganjuran Hari Bersama Komuniti (HBK) yang mempamerkan perkhidmatan pintar, jualan usahawan NADI, dan pertandingan e-Sukan.

Turut hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi bin Md Isa serta Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

Berita berkaitan
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Penjawat awam rugi RM342,400 terperdaya phone scam
21 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat tarik ribuan pengunjung di bazar Ramadan
March 9, 2026· Isu semasa
MCMC tidak boleh paksa platform media sosial tutup akaun
March 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
5 jam lalu · Isu semasa
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
5 jam lalu · Isu semasa
27 barangan dikawal sempena Aidilfitri
21 jam lalu · Isu semasa
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
21 jam lalu · Isu semasa
Ringgit lemah walaupun harga minyak naik
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok