Nahas treler dengan trak FRU, 9 mangsa terkorban

May 13, 2025 · Isu semasa

Sembilan orang dilaporkan terkorban dalam kemalangan melibatkan treler sarat dengan muatan batu dan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini.

Menurut laporan media, lapan anggota FRU terkorban dalam nahas tersebut dan seorang pemandu treler berkenaan yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata seramai 18 anggota FRU berada dalam trak terbabit dengan lapan daripada mereka terkorban manakala 10 lagi cedera.

“Pemandu treler turut disahkan meninggal dunia, menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada sembilan orang,” katanya

Beliau berkata, semua mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata semua anggota FRU terbabit adalah dari Unit 5 Sungai Senam, Ipoh.

“Kenyataan media berhubung insiden ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Berita berkaitan
Scammer menyamar wakil NSRC, mangsa ditipu kali kedua: Polis
April 13, 2026· Isu semasa
Love Scam: RM6.6 juta lesap untuk tempoh 3 bulan tahun ini
April 12, 2026· Isu semasa
Suspek conteng tokong ada masalah mental
April 11, 2026· Isu semasa
Dakwaan kait SPRM dengan mafia korporat tidak berasas: Ketua Polis Negara
April 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
9 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
9 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
9 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
9 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok