Wee Meng Chee atau Namewee.
Artis kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan berhubung kes dadah yang didakwa dilakukan pada 22 Oktober lalu.
Tertuduh, berusia 42 tahun, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya dalam prosiding berasingan di mahkamah yang sama pada 24 Oktober lepas.
Menurut pertuduhan pertama, Namewee didakwa memiliki dadah disyaki Ecstasy seberat 5.12 gram di sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, pada jam 4.30 petang.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuhnya sendiri, iaitu Amphetamine, Methamphetamine, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carbolic acid (THC) dan Ketamine.
Kesalahan itu didakwa berlaku di tandas Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Dang Wangi pada jam 7.15 malam, tarikh yang sama. Pertuduhan ini dibawah Seksyen 15(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda atau penjara.
Peguam beliau, Joshua Tay, hadir bersama tertuduh.
Pihak mahkamah kemudian membenarkan Namewee dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes.
Hakim juga menetapkan 18 Disember ini untuk penyerahan laporan kimia. Proses perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh tersebut.
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum