NGO buat laporan SPRM berhubung transaksi RM500 ribu bekas menteri

April 10, 2026 · Politik

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan transaksi kewangan berjumlah RM500,000 yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri.

Laporan itu dibuat oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) susulan pendedahan sebuah portal mengenai dakwaan skandal melibatkan mesin layan diri.

Ketua Biro Politik SEKPUR Shahbudin Embon berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menentukan kesahihan dakwaan tersebut.

“Kami menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat sama ada benar atau tidak. Itu bidang kuasa mereka,” katanya semasa sidang media di hadapan ibu pejabat SPRM hari ini.

Menurut beliau, tindakan itu bukan bermotifkan serangan terhadap mana-mana individu, sebaliknya bertujuan memastikan integriti pentadbiran negara terus terpelihara. Katanya, isu berkenaan telah tular dan mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

“Perkara ini sudah menjadi perbualan umum. Sama ada benar atau tidak, ia perlu disahkan oleh pihak berkuasa supaya tidak terus menimbulkan spekulasi,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Rafizi Ramli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menerima rasuah RM500,000 daripada pemilik NexG Bhd, Abu Hanifah Noordin, bagi tujuan melanjutkan kontrak syarikat itu pada tahun 2023.

Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan tuduhan yang disiarkan oleh sebuah blog sebagai tidak berasas dan tidak selari dengan garis masa sebenar. Beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan individu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut.

Kes ini kini menjadi perhatian umum, dengan pelbagai pihak menantikan hasil siasatan bagi merungkai kebenaran di sebalik dakwaan yang mencetuskan polemik tersebu

Berita berkaitan
Shamsul Iskandar rayu kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
May 8, 2026· Politik
Rafizi selesai beri keterangan kepada SPRM
May 7, 2026· Politik
Kes saman Azam Baki: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ratu Naga
May 6, 2026· Politik
SPRM syor dakwa dua individu kes pelaburan RM1.1 bilion
May 6, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
1 jam lalu · Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
2 jam lalu · Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
7 jam lalu · Politik
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
7 jam lalu · Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok