Nik Nazmi belum buat keputusan ikut Rafizi letak jawatan jika kalah

May 20, 2025 · Politik

Setakat ini Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad masih tidak membuat keputusan berhubung jawatan menterinya jika kalah dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) nanti.

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dilihat berada dalam kem Rafizi Ramli tidak memberikan sebarang keputusan muktamad samaada akan mengikut jejak Menteri Ekonomi itu atau sebaliknya jika tewas dalam pemilihan PKR nanti.

“Kita tunggu pemilihan nanti,” katanya ringkas enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jawatankuasa Khas Konflik Manusia-Gajah hari ini.

Pada 22 April lalu, Nik Nazmi dilaporkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR meskipun tewas dalam saingan di peringkat cabang.

Sebelum ini, Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa selepas tewas kepada Afdlin Shauki.

Pada pemilihan itu, Afdlin yang juga pelakon memperoleh 631 undi berbanding 563 undi yang diperoleh Nik Nazmi selaku penyandang.

Pada 10 Mei lalu, Rafizi yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden dilaporkan bersedia meletakkan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mengekalkan jawatannya semasa pemilihan parti bulan ini.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun berundur daripada Kabinet, namun tugas sebagai Ahli Parlimen Pandan akan tetap diteruskan dan ketika itu beliau bebas untuk berbicara dalam apa saja perkara.

Ditanya kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, semalam yang membayangkan sebarang perbalahan dalaman berisiko untuk membawa kepada kehancuran kepada PKR dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, Nik Nazmi turut enggan mengulas isu berkenaan.

“Kita tunggu pemilihan (MPP PKR) selesai ya,” katanya.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
11 jam lalu· Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
19 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
11 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
11 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
17 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
19 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok