Nik Nazmi kekal keputusan letak jawatan, tak patah balik

June 17, 2025 · Politik

Keputusan peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dibuat Nik Nazmi Nik Ahmad kekal dan tidak akan berganjak sama sekali.

Nik Nazmi dipetik dalam laporan media berkata tidak akan berpatah balik daripada keputusan sebelum ini dibuatnya walaupun diberikan pilihan untuk kekal berada dalam Kabinet.

“Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas. Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran sama, Nik Nazmi turut memetik kata-kata Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop ketika mengumumkan peletakan jawatannya.

“I love absolutely everything about this club… I love the staff… But that I still take this decision shows you that I am convinced it is the one I have to take”.

“Itulah perasaan saya,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berharap Nik Nazmi dan Rafizi Ramli menarik balik keputusan meletak jawatan masing-masing dan menyertai semula Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menurut Anwar, beliau masih memberi masa kepada Nik Nazmi dan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka.

Ketika ini, Rafizi dan Nik Nazmi sedang bercuti selepas menghantar surat peletakan jawatan masing-masing susulan kekalahan mereka pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung bulan lalu.

Berdasarkan surat peletakan jawatan mereka, tugas Rafizi selaku Menteri Ekonomi akan berakhir berkuat hari ini, manakala Nik Nazmi berkuat kuasa 4 Julai depan.

Berita berkaitan
PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar
February 7, 2026· Politik
Nik Nazmi bidas pembangkang tergesa-gesa tolak kajian pilihan raya datuk bandar KL
February 6, 2026· Politik
Rafizi: Saya tak kejar jawatan PM
February 2, 2026· Politik
Status kes serangan anak Rafizi bergantung siasatan polis: Saifuddin
January 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
2 jam lalu · Politik
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
7 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok