Nik Zawawi dipanggil JAHEAIK berhubung ceramah hina sahabat nabi

May 20, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Mohamad Zawawi Salleh hadir ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di Balai Islam Lundang hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan kenyataan yang dianggap menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Beliau tiba kira-kira jam 10.40 pagi sebelum meluangkan hampir sejam membantu siasatan dan meninggalkan premis sekitar jam 11.40 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Nik Zawawi berkata beliau memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan berkaitan isu berkenaan.

“Selepas dipanggil pihak polis baru-baru ini, hari ini saya pula dipanggil JAHEAIK untuk memberi keterangan mengenai isu yang sama. Saya memberikan kerjasama penuh kepada mereka dan berharap perkara ini dapat diselesaikan,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas tular rakaman satu kuliah agama yang disampaikan beliau baru-baru ini, yang didakwa mengandungi kenyataan menyentuh sensitiviti berkaitan sahabat Nabi.

Susulan kecaman pelbagai pihak, Nik Zawawi sebelum ini dilaporkan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, beliau mendakwa masih menerima kritikan berterusan daripada segelintir pihak walaupun sudah memohon maaf.

“Tidak mengapa. Mereka akan menanggung dosa sendiri kerana dosa saya akan dipindahkan kepada mereka,” katanya.

Difahamkan, JAHEAIK menjalankan siasatan mengikut beberapa peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, termasuk dakwaan memutarbelitkan ajaran Islam dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Selain itu, beliau turut disiasat di bawah peruntukan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkaitan dakwaan menghina agama.

Kes berkenaan terus mendapat perhatian ramai memandangkan ia melibatkan tokoh politik dan agama, selain menyentuh isu sensitif berkaitan penghormatan terhadap sahabat Nabi dalam masyarakat Islam di negara ini.

Berita berkaitan
Parti Amanah sindir PAS lebih teruk daripada bau kambing, hanya fikir kepentingan diri
June 10, 2026· Politik
PAS bukan putus hubungan terus dengan Bersatu: Tuan Ibrahim
June 10, 2026· Politik
PAS nampak gila kuasa masih dalam PN tetapi ceraikan Bersatu: Mahfuz
4 jam lalu· Politik
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
June 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan
June 10, 2026 · Politik
DAPSY pertahan dakwaan Mohamad Hasan terlibat krisis politik Negeri Sembilan
June 10, 2026 · Politik
AMK bidas Akmal cuba ugut PMX, nasihat jangan jadi parasit
June 10, 2026 · Politik
SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan
5 jam lalu · Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
June 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok