Nilai kemanusiaan perlu dijadikan teras pembangunan negara: Anwar

September 13, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai-nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin, dan semangat ihsan, dan bukan hanya dilihat daripada pencapaian ekonomi, teknologi digital atau kecerdasan buatan (AI) semata-mata.

Perdana Menteri berkata petanda kejayaan sesebuah negara adalah berasaskan kepada nilai kemanusiaannya.

“Kita bangga dengan ilmu dan kecemerlangan dalam pendidikan, kita bangga dengan kemahiran, tapi kita harus lebih bangga mengasah nilai karamah insan,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) ke-27 di Pantai Tanjung Leman hari ini.

Menurut Anwar, nilai-nilai murni yang ditekankan dalam persatuan pengakap seperti disiplin, kemahiran dan persaudaraan amat penting untuk diterapkan dalam kehidupan.

“Malaysia sebagai negara Madani betul nak pacu pertumbuhan ekonomi, betul nak menguasai digital, tenaga baharu, AI, tetapi yang kita nak latih dan pupuk itu semangat manusia,” tegasnya lagi.

“Manusia ini tidak boleh dibentuk hanya dengan mesin, dia dibentuk dengan akhlak, disiplin, dengan semangat ihsan antara kawan-kawan, keluarga, kawan-kawan sekolah dan pelbagai kaum serta agama di negara kita ini,” tambahnya.

Anwar turut menyentuh prinsip Islam yang menekankan kasih sayang terhadap sesama makhluk mesti menjadi panduan, kerana tanpanya manusia akan menjadi rakus sehingga merosakkan alam sekitar.

Beliau juga mengaitkan isu sosial seperti gejala buli di sekolah sebagai perbuatan yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan sebenar.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Pengakap Malaysia bagi menjayakan program perkhemahan tersebut.

“Untuk perkhemahan ini saya umum RM100,000. Saya cuba paling lambat hari Isnin ini (supaya peruntukan itu diluluskan) kerana kita tidak mahu lambatkan (proses penyalurannya),” ujarnya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada para pengakap dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia, dan Hong Kong yang hadir, yang disifatkannya sebagai bukti persahabatan merentasi sempadan.

Perhimpunan yang berlangsung hingga 17 September ini menghimpunkan lebih 4,000 pengakap bagi memperkukuh disiplin, perpaduan dan persahabatan.

Berita berkaitan
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
2 jam lalu· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu· Politik
Ternakan babi dibenar jika jauh dari kawasan penduduk: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu patuh undang-undang: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Bantuan SARA RM100 disalurkan bermula hari ini
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok