Nurul Izzah, Saifuddin mempunyai kekuatan masing-masing: Fahmi

June 22, 2025 · Politik

Lantikan dua pengarah pilihan raya diumumkan PKR semalam adalah langkah strategik parti itu bagi merangka persiapan menjelang pilihan raya umum (PRU) nanti.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail mempunyai pengalaman dan kelebihan tersendiri yang mampu menyumbang kepada strategi parti untuk menghadapi PRU depan nanti.

Ujarnya, gandingan kedua-dua Timbalan Presiden PKR dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu adalah secocok.

“Saya amat mengalu-alukan keputusan ini. Kedua-duanya pernah memikul tugas tersebut dan dalam keadaan ini, saya rasa ia memberi satu kelebihan kepada Keadilan kerana dua watak ini, dua pemimpin ini memang sangat cocok dan mempunyai kekuatan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Karnival Kita MADANI 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park@Pantai Dalam, Lembah Pantai hari ini.

Katanya, jawatan pengarah pilihan raya bersama itu pernah diwujudkan sebelum ini bagi membantu parti menyiapkan strategi dengan lebih pantas dan lancar.

Fahmi yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), berkata pelantikan itu diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan semalam.

Mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya Anwar Ibrahim hilang keyakinan terhadapnya sebagai orang nombor dua parti dan menteri ekonomi, Fahmi berkata, itu hanya dakwaan beliau.

Pada 20 Jun lalu, Rafizi dalam podcast mendakwa beliau berhenti menjadi Menteri Ekonomi kerana tidak lagi dipercayai Anwar.

Ia berikutan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Timbalan Presiden kepada Nurul Izzah dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
1 jam lalu· Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026 · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
20 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok