Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dilantik Pengarah Pilihan Raya PKR bersama

June 21, 2025 · Politik

PKR mengumumkan pelantikan dua Pengarah Pilihan Raya secara bersama iaitu Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddun Nasution Ismail untuk memikul tanggungjawab.

Lantikan kedua-dua mereka dibuat semasa Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.

Ketua Penerangan PKR yang dilantik semula hari ini, Fahmi Fadzil, berkata Saifuddin Nasution yang juga bekas Setiausaha Agung PKR, turut diberi tanggungjawab sebagai Ahli Biro Politik.

Fahmi berkata, Dr Fuziah Salleh dan William Leong turut kekal dengan jawatan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung PKR.

“Selain itu Datuk Mustapha Sakmud juga kekal memimpin PKR Sabah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri itu,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi yang juga Ahli MPP PKR, berkata mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli dan pimpinan lainnya.

“Kita berharap supaya mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan.

“Mesyuarat turut membincangkan isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global, serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya.

Pelantikan itu dibuat selepas PKR melalui proses pemilihan kepemimpinan baharu bagi sesi 2025-2028 pada Kongres Nasional parti 2024/2025, akhir bulan lalu.

Berita berkaitan
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
2 jam lalu· Rencana
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu· Politik
Dua penggal pentadbiran Aminuddin Harun: Rekod yang sukar dinafikan
13 jam lalu· Rencana
AMK persoal pendirian UMNO bersama PAS, gesa lepaskan jawatan
July 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
2 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
8 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok