OPR kekal 2.75%, BNM pantau risiko ekonomi

September 3, 2026 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari terbaharunya.

BNM dalam kenyataan memaklumkan paras OPR semasa masih sesuai dengan keadaan ekonomi ketika ini, termasuk prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Paras OPR semasa adalah konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan,” menurut kenyataan itu.

Kali terakhir bank pusat melaraskan OPR adalah pada Julai 2025 apabila kadar itu diturunkan daripada 3% kepada 2.75% sebagai langkah awal bagi menyokong pertumbuhan ekonomi ketika berdepan cabaran luaran.

Dalam perkembangan terbaharu, BNM berkata penunjuk ekonomi global menunjukkan pertumbuhan masih berdaya tahan, disokong pengembangan teknologi yang kukuh, keadaan bekalan yang semakin pulih serta pasaran buruh yang stabil.

Namun, prospek ekonomi dunia masih berdepan beberapa risiko, khususnya ketidaktentuan berkaitan konflik di Timur Tengah yang berpotensi memberi tekanan terhadap inflasi dan pertumbuhan.

“Pada masa hadapan, meskipun ketidaktentuan berhubung dengan konflik di Timur Tengah akan terus mempengaruhi pertumbuhan global berikutan tekanan inflasi yang berterusan, kesannya dijangka diimbangi oleh perbelanjaan berkaitan teknologi yang mampan,” katanya.

BNM turut memberi amaran risiko pertumbuhan global lebih rendah masih wujud susulan ketegangan geopolitik berpanjangan, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta kebimbangan terhadap penilaian dalam pasaran kewangan.

Pada masa sama, pertumbuhan global berpotensi menjadi lebih kukuh sekiranya perbelanjaan berkaitan teknologi meningkat, rantaian bekalan pulih lebih pantas daripada jangkaan dan langkah dasar yang menyokong pertumbuhan dilaksanakan di negara maju.

Di dalam negara, Jawatankuasa Dasar Monetari akan terus menilai perkembangan ekonomi serta menimbang risiko terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kadar dasar.

Keputusan mengekalkan OPR pada 2.75% bermakna kadar itu kekal pada paras sama sejak Julai 2025.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
October 26, 2026 · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok